Segala Puji Bagi Allah yang Maha Berkuasa dan berkehendak...Salam kepada saudara bangsa saya Melaiu di seluruh Nusantara ini. Sebenarnya blog ini adalah nukilan rasa dari hati ini, berdarah melayu..berbangsa melayu...dan bernama melayu. Rentetan sejarah Kegemilangan Melaiu (Melayu) di Malaka (Melaka) membuatkan penulis terfikir sejenak, adakah ada kebenarannya pendedahan yang akan penulis kongsikan bersama tuan-tuan. Apa yang penulis pasti, sekiranya bangsa Melayu kembali semula ke Bangsa Malaiu di waktu dahulu...maka pasti tercetusnya era kegemilangan bangsa penulis iaitu malaiu pada masa terdekat nanti.Untuk penulisan yang sulong ini, biarlah penulis menyelongkar secara berperingkat hanyadi permukaan sahaja untuk tuan dan puan memikirkannya. Mengapakah sejarah bagi setiap bangsa amat penting. Cuba tuan amati sejenak, dimanakah letaknya bukti sejarah peradaban Melayu yang kita banggakan selama ini. Sebagai anak melayu yang membesar di negeri Melaka sendiri..(ini contoh sahaja) Penulis hanya dapat berkunjung ke Muzium Istana Melaka, Makam Hang Tuah dan sahabatnya, Perigi Hang Tuah dan beberapa peninggalan seni bina rumah melayu, serta Masjid yang berada di era kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Adakah tuan-tuan pernah membaca Kita Sulatus Salatin yang menceritakan kehebatan dari semua aspek di dalam Kerajaan Melayu Melaka?. Sebagai contoh ilmu pelayaran yang sebenarnya adalah kehebatan dari bangsa kita (Malaiu) sendiri. Tuan-tuan pasti pernah mendengar pelayar pertama mengelilingi dunia adalah Ferdinan Magellan.
Bagaimana jika saya katakan, perkara ini adalah tidak benar, sebenarnya manusia pertama yang berlayar mengelilingi dunia adalah dari bangsa kita sendiri Malaiu (Melayu), beliau adalah Panglima Awang atau Henry The Black dan Enrique of Malacca. Beliau telah diberikan nama Kristian 'Enrique' (Bahasa Sepanyol) atau 'Henrique' (Bahasa Portugis) oleh mereka yang tidak mahu melihat bangsa Malaiu (Melayu) pergi begitu jauh dan maju pada masa yang akan datang. Bayangkan pada masa itu. Panglima Awang juga yang bertanggungjawab menjadikan pelayaran tersebut berjaya sehinggalah beliau membuat pakatan membunuh Magellans ini bersama saudara seangkatannya yang ketika itu pelayaran tiba di Kepulauan Filipina (Pulau Cebu). Ferdinand Magellan telah dibunuh oleh Datu Lapu-Lapu seorang Panglima Islam dalam satu pertempuran di tepi pantai Maktan.
Panglima Awang
Peristiwa pakatan pembunuhan Ferdinand Magellan ini adalah dianggap bersejarah di Filipina hingga ke hari ini sehingga didirikan tugu peringatan Panglima Islam tersebut iaitu Panglima Datu Lapu-Lapu di Bandar Maktan, Cebu.
Datu Lapu-Lapu
Persoalannya, apakah hubungan Panglima Awang dengan Datu Lapu-Lapu yang hebat itu? Biar penulis mengaitkan peristiwa pembunuhan ini dengan logiknya. Panglima Awang dari Tanah Malaiu ini juga merupakan pendekar tersohor tuan-tuan. Beliau juga seangkatan dengan Panglima Hang Tuah lima bersaudara. Hebat segi ilmu dunia dan juga ilmu akhirat. Begitu juga Panglima Lapu-Lapu. Akibat dari pembunuhan tersebut, catatan dari Eropah mengatakan Panglima Awang sahaja yang hidup dan membawa diri semula ke Tanah Malaiu (Melayu). Jika begitu mengapa beliau tidak dibunuh sahaja oleh Panglima Lapu-Lapu? Fakta yang mengatakan Panglima Awang telah memeluk Kristian juga adalah penipuan sebenarnya. Panglima Awang adalah bangsa Malaiu (Melayu) Islam dan masih beragama Islam sehinggalah beliau menghilangkan diri. Panglima Awang ini juga dari Malacca sesuai dengan dengan gelaran yang diberikan Enrique Of Malacca. Kalau pembaca ada membaca beliau dari tempat lain, pasti namanya juga akan seperti Enrique Of Betawi atau lain-lain nama.
Maka, sorotan dari Panglima Awang ini ingin penulis bawa tuan-tuan menginsafi keadaan bangsa kita sekarang. Penulis sedang mengorak langkah bagi memertabatkan semula bangsa kita yang telah hilang pada suatu tika dahulu selepas kejatuhan Kegemilangan Kesultanan Malaiu Melaka. Penulis akan berkongsi dengan sahabat-sahabat diluar sana bagaimana usaha penulis sekarang dalam 'mengambil' semula nilai yang telah hilang. Suatu perkara yang tidak mudah, namun penulis amat yakin, ia adalah misi yang tidak mustahil. In Sha Allah, sorotan berikut yang akan datang, penulis akan memperterjemahkan dan memberi pencerahan perkataan Melayu kepada Malaiu.
Sesuatu yang pasti juga, semua perancangan yang amat rapi telah dilakukan oleh satu entiti bagi melengahkan pertemuan rahsia Bangsa Malaiu ini pada masa kejatuhan zaman kegemilangan yang lalu. Perlu di ingat perkataan 'melengahkan' sahaja....Siapa? dan Bagaimana? Penulis akan berkongsi rahsia di catatan seterusnya nanti.
Jadi, buat catatan ini, penulis boleh simpulkan, Bangsa Melayu adalah dari Bangsa Malaiu, perubahan nama Malaiu kepada Melayu amat perlu bagi 'pihak' ini untuk melemahkan sendiri bangsa Malaiu yang begitu hebat dengan ilmuNya (Era Kegemilangan Kesultanan Malaiu Melaka). Penulis hanya membongkar pada nama sahaja dan belum lagi kepada lain-lain hal. Ilmu Bangsa Malaiu memang amat menakjubkan dan diambil atau ayat yang betul ditiru oleh bangsa asing seperti penceritaan Panglima Awang yang menyediakan kepada Ferdinand Magellan Cakera Alam bagi pelayaran tersebut.
Cakera Alam ini menjadi bukti dan di sentuh sendiri oleh penulis.
Beliau juga telah mencipta beberapa teknologi lain seperti jam. Inilah kehebatan bangsa kita! Namun telah di lenyapkan dari pengetahuan umum. Sehingga kini kita perlu tau Bangsa Melayu tidak boleh bersatu, berpecah belah..hebat dengan hasad dengki khianat dan berbagai-bagai. Namun sebenarnya ia adalah jauh dari yang di fahami, Bangsa Malaiu adalah yang amat bertamadun dan beradab tidak seperti Bangsa lain, dengan pakaian, panggilan, susun atur bentuk rumah, adat dan banyak lagi.
Bukan mahu menidakkan bangsa lain, cuma ingin berkongsi penceritaan sebenar Bangsa Malaiu agar semua dapat menimbang mana yang baik dan yang buruk. Moga Allah pertemukan kita di lain coretan...Allah Maha Besar..

Berbangga menjadi bangsa yang Malai... namun tunduk pada yang Esa
BalasPadamBerbangga menjadi bangsa yang Malai... namun tunduk pada yang Esa
BalasPadamterima kasih pn zu,,:)
BalasPadam