Khamis, 3 Disember 2015

Jejak Rahsia : Panglima Awang, Henry The Black, 

Enrique  The Malacca


      Bertemu kita sekali lagi syukur ke hadrat ilahi, semakin hari semakin bergetar deria 'rasa' dalam mendekatkan diri kita kepada asal usul. Tidak terkecuali saudara di luar sana. Bagi saya, sesuatu yang melibatkan sejarah asal usul kita, perlu diambil kira bagi melengkapi hidup kita pada masa sekarang dan akan datang. Pendapat peribadi saya..Malaiu (Melayu yang dipanggil sekarang) adalah Islam di akhir Zaman....Wah.,,hebat bunyinyer..tapi masa tu Malaiu Islam yer...bukan Melayu Islam.cuba tilik maksud tu...Ya betul..ada rujukan yang boleh diambil kira..yang mana melayu yang  pada masa akan datang (malaiu) adalah hebat dari segi keimanan, zuhudnya, tawaduknya, ilmunya...dan makrifatnya.


      Saya ingin membawa saudara semua jejak Panglima Awang dimana kali ini kita berkongsi dengan kehidupan beliau sebagai hamba Allah yang zuhud tetapi memiliki ilmu Makrifatullah yang hebat disebabkan keimanannya kepada Allah s.w.t. Seperti yang saya coretkan di catatan lepas, ada sebabnya beliau juga digelar Enrique The Malacca, kenapa? sudah tentu asalnya di Melaka. Ada juga yang mengatakan beliau dari Indonesia dan lain-lain. Maaf yer tuan. Panglima Awang menetap di Melaka dan saya katakan dia adalah Rakyat Kesultanan Melaka yang gemilang di suatu era dahulu. Kalau ada yang tercatat mengatakan beliau adalah hamba yang di bawa dari Cebu, pun tiada asasnya. Beliau amat fasih bertutur berbagai bahasa dan Lingua Franca merupakan bahasa Melayu. Bagaimana seorang yang begitu hebat dikatakan hamba yang bekerja di Melaka seperti Panglima Awang?. Untuk pengetahuan saudara semua, Temenggong Melaka menguasai 70 jenis bahasa dalam waktu Kegemilangan Pemerintahan Kesultanan Melayu tika dahulu. Sudah pasti kehebatan para pembesar pada masa dahulu sebaris dengan Panglima Awang yang telah saya katakan ini.


         Saya bersama keluarga menjejaki kediaman peninggalan Panglima Malaiu  termasyur ini. Maka dengan harapan dan rasa ingin tahu juga berpijak kami anak beranak di teratak 'mewah' Panglima Awang. Ia terletak di Kuala Sungai Baru Masjid Tanah, lokasi yang amat sesuai sebagai seorang yang ilmuan dan pendekar di laut. Dari kediaman beliau amatlah indah panorama dan deruan ombak Selat Melaka yang suatu tika dahulu amat sibuk dengan pedagang, penyebar dakwah Islam dan tidak terlepas kaum penjajah yang berurusan dengan kerajaan  negeri Melaka.  Bayangkan saudara di era tahun 1500, seorang hamba yang  memiliki rumah  sebiji tepi pantai yang indah???. Penjajah amat suka memutar belitkan fakta. Namun sebagai orang Islam, saya yakin Islam itu indah dan halus. Keimanan kita  membawa kepada erti kehidupan yang penuh dengan adat, budaya, tanggungjawab dan juga pemikiran dengan bertauhidkanNya. 

        Kedatangan kami di sambut oleh Dato Paduka Zainal dan kami seterusnya berpeluang mendapatkan gambaran penuh berkenaan dengan rumah usang ini. Janganlah tuan salah faham, mungkin ada yang mengatakan pada zaman ini 2015..namun cuba tuan bayangkan rumah usang ini pada 1500?? Kemungkinan saya boleh katakan Banglo Mewah Panglima Awang. 

Rumah ini dijaga oleh satu entiti yang masih bertungkus lumus mencari sesuatu yang telah hilang. Namun kita semua maklum, kajian memerlukan sumber dan dana kewangan. Jika tidak saya boleh katakan, rumah ini juga akan ranap dan menyembah bumi jika kita tidak menjaga tinggalan sejarah yang amat bernilai ini.
Sekarang baru boleh  saya tambahkan koleksi bagi 'Melaka Bandaraya Bersejarah' dalam konteks tempat sejarahnya. Bukan asyik nak melihat tinggalan penjajah, rata-rata kita juga akan tanamkan kebencian pada penjajah kita. Guru sekolah tidak juga menceritakan mana tinggalan kerajaan Melayu Melaka yang Gemilang??????. Bagi saya kita juga rata-rata 'dijajah', bawa anak ke tempat penjajah..anak akan kata hebatnya penjajah...hehe...

Kita tidak dapat menggambarkan kepada generasi kita sekarang dan akan datang  dengan cerita sahaja, ia perlu pembuktian, nanti ada pula yang kata saya ni sesuka hati nak menjadi Tok Dalang. Namun perlu tuan-tuan ingat, ada penceritaan kehebatan Istana Kesultanan MalaiU di Melaka masih tersimpan di Lisbon Portugal. Tahukah  tuan dahulunya Istana Melaka mempunyai 7 Tingkat dan 17 anjung. Setiap anjung mempunyai 1 Laksamana yang menyelia sebelum pembesar atau pedangang terkenal dari luar negara datang mengadap Sultan Melaka. Laksamana Hang Tuah mempunyai satu anjung dalam mengurus tadbir Selat yang di kawalnya bersama Laksamana Cheng Ho. Sehingga sekarang sebagai gelaran Laksamana diguna pakai oleh pasukan Maritim atau Armada Laut sesebuah negara. Berbalik semula kepada penceritaan kehebatan Istana Kesultanan Malaiu Melaka, kehebatan seni bina berlandaskan Islam selari dengan kehebatan pemerintahan dahulu..Kehebatan Malaiu iaitu bangsa saya juga. Bagaimana rupanya keadaan yang digambarkan oleh saya pada tuan berkenaan Istana tersebut? Cuba tuan bawa ke Negeri Melaka, tunjukkan pada anak-anak tuan Istana Melaka. Yer saya setuju yang Istana Melaka memang tidak wujud, Sedangkan alat pelayaran dan jam telah dicipta oleh Panglima Awang sendiri. Takkan Istana yang perlu di gambarkan kepada Generasi akan datang tidak mengikut penceritaan sejarah sebenar. Amat terkilan kepada yang tidak mengetahui perkara ini, namun kita perlu juga berkongsi fakta sebenar berkenaan dengan kehebatan Istana Melaka itu sendiri.


Ilustrasi Istana sebegini yang perlu dibina sebenarnya. Sekurang-kurangnya lebih besar dari bangunan tinggalan penjajah di sekeliling tapak yang ada. Ini lah yang logik dan selari dengan apa yang saya katakan. Pernah dikatakan kehebatan Armada laut sebanyak 3000 biji kapal yang memiliki 3 tiang layar berlabuh di sepanjang pelabuhan Kota Melaka. Itu belum lagi termasuk kapal-kapal dari pedagang dan lain-lain. Kita lihat pula Istana yang digambarkan sekarang dibawah.


Juga menarik, namun hakikatnya tidak sesuai. Jika pelancong dari luar negara bergambar dihadapan Istana Melaka ini (Saya panggil istana la walaupun ia adalah muzium). Sudah tentu sekeping gambar menceritakan 1000 satu kisah. Kisah yang sepatutnya hebat dan gemilang. Apabila berdiri dihadapan 'Istana Melaka' terus menjadi suram. Jadi apa pandangan tuan semua?, tuan-tuan tidak perlu jawab, cuma perlu sedar sahaja.

Saya bawa tuan kembali ke teratak Panglima Awang di Kuala Sungai Baru Melaka semula...beliau dikatakan telah menjadi tahanan bagi Ferdinand Magellan pada tahun 1511. Bezakan rumah diwaktu dan tahun itu...dengan tahun 1950. 





Rumah Panglima Awang 1511











Rumah Pembesar Melayu 1946







      Bangsa ku yang saya sanjungi, bukan mencari sebab dan alasan untuk penulis merendahkan bangsa lain, hakikatnya bangsa Malaiu telah dijajah dan menjadi Bangsa Melayu. Bangsa Malaiu adalah hebat sepanjang zaman, ada sebab musabab ia hilang dan penulis yakin, kemunculan semula Bangsa ini akan menjadi kenyataan seperti yang pernah Nabi Muhammad S.A.W katakan..In Sha Allah kita akan bertemu di lain coretan...Allah Maha Besar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan